I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 23 November 2012

What is going on ?

Apa yang ingin aku coretkan di sini , mengenai keluargaku . Aku sungguh tidak mengerti apa yang berlaku . Like seriously , what is going on ? 
About MAMA . okay . time aku duduk dalam bilik seronok seronok ajar disya (adik bongsu ) main gitar , tetiba je dengar suara mama menangis . Apa lagi , berlari la aku dengan disya keluar bilik nak tahu apa yang berlaku . Then aku terus dapatkan mama . Abah tengah pakaikan baju untuk mama . Mama tadi baru lepas cuci . and okay . cerita macam ni ... 
Last month mama buat minor operation di Johor , mama operate di lengan dia . So , mama kene pakai lagi yang dekat leher dia tu . then , last week , mama tak cuci darah selama 10 hari sebab mama punya tube di leher tu , salah satu tube dah tersumbat , so ? tak boleh nak buat . So , alang alang doktok tak nak tebuk yang baru sebab nanti lagi siksa mama . then , tunggu je la yang di tangan tu matang 20hb lepas . Okay then , on 19th , mama g amik darah lagi like always . then doctor kata kene cuci jugak . so , he need to use mama punya lengan itu . unfortunately , yang di lengan mama tu , hanya satu urat je yang tercantum baaru di benda yang ada di dalam lengan tu . so , boleh guna satu je laa. So , everytime nak cuci sekarang ni , mama kene guna leher dan lengan . 
Hmmm . At the first time lepas dia cuci yang menggunakan leher dan lengan dia , dia penat dan sakit sangat . Then aku laa anak yang mandikan dia , tolong picitkan dia , tolong pakaikan baju . Biarla aku yang buat dulu sebelum aku busy study semula nanti . Kesian dekat abah that's why aku tolong jugak . Mama ni lagi satu , bila sakit , dia mesti nak abah yang buat itu ini . Abah tu busy . nak tanda kertas la , nak prepare untuk mengajar la , macam macam la . Ye , memang abah slalu dengan ipad dia saja , tapi , bukannya dia on9 chat sepanjang masa . Hmm . Semenjank mama sakit , memang abah banyak sangat mengalah , abah la yang jaga mama , ikot sahaja kehendak mama . 
Kita manusia , sampai satu tahap , kita pasti akan rasa penat and bosan dengan life macam ni . Just like mama and abah jugak . Tapi mama tak boleh patah semangat . And abah pon sama , kene sentiasa ada dengan mama . Dan kami anak anak , mesti sentiasa bersedia untuk menolong apa yang kami mampu . 

A few minutes later ......
                                     Okay just now nina baru je keluar dari bilik mama . Abah suruh aku jaga mama . Abah nak mandi nak solat sekejap . Okay than , mama tak berhenti lagi nangis . Aku try lagi persuade mama  kenapa mama macam ni and suruh dia berhenti menangis . Aku urut urut jari jari dia . Okay then , aku suruh mama tarik nafas and cuba cerita di mana tempat yang sakit sangatnya . Mama cakap , HATI . Okay . Fine . Apa yang aku agak memang betul . Semuanya sebab ABAH . just like mama said . abah tak senyum pon nak jaga dia macam tak rela and malu je berjalan dengan orang sakit macam mama . Okay , now i get the point . Aku just dengar and tak bukak mulut pon lagi . Then abah masuk dalam bilik . Time tu , mama marah marah abah sambil nangis . Okay at this time , aku dah masuk campur . Sebab muka abah pon masam je . And ayat abah yang tak boleh aku lupa " kakak , abah dah tak reti nak senyum " . Ya Allah , apa ni ? aku tak mengerti . hurmmm . Okay . Just like what abah said just now , mama tak pernah nak hargai dia . mama marah dia depan orang and mama buat muka masam dengan dia and the most mama tak de pon nak ucapkan TERIMA KASIH or MINTA MAAF dekat abah . Okay fine , ini masalah orang tua , aku tak boleh masuk campur . But , i think i need to menyelit jugak . Sebab aku pon nampak mama yang salah . And i try to tell mama to open her mind and think her mistake that she had done before . Mama nak marah abah , tapi mama tak nampak apa salah dia . Ya , aku sangat setuju dengan abah . like seriously , mama act macam tak pernah nak appreciate abah . Abah had done everything to her . Before mama got sick , setiap kali abah pergi outstation , pasti ada hadiah yang abah belikan untuk mama , and mama just amik and never said to him Thank You . Sedangkan aku and adik adik pasti akan mengucapkan terima kasih pada abah . Okay , mama sakit , aku faham . and semua faham mama sakit and pemikiran orang sakit ni lain , kita kene belai . But , orang sakit pon kene faham perasaan orang orang yang menjaganya . hurmmm . Okay . I need to go now . Got problem with them . I hope i can face this problem . 


#Ya Allah . Kau permudahkanlah segalanya . Amiinnn . 

Thursday 20 September 2012

Alhamdulillah :)

Sudah mampu tersenyum . Mengapa ? Alhamdulillah mama nina dah makin bertambah baik . :') Walaupun kehidupan dia sekarang ni bergantung pada mesin mencuci darah tu je , tapi alhamdulillah akhirnya mama dapat menerima musibah yang menimpanya . :') 

Hati anak siapa yang tidak sayup melihat ibunya sedih , muram , masam , tidak bermaya . Sama dengan nina , cuti hari Malaysia baru ni , nina berkesempatan untuk balik jaga mama dekat hospital . Ya Allah , hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan nina bila mula mula sampai turun dari bus then abah drive nina terus pergi hospital untuk jumpa mama . Berdebar rasanya . Hurmmm . Dalam masa tu , nina sayup sangat sangat sayup rasanya . Mama terlantar baring dan Ya Allah , pucatnya mama time tu , kurusnya mama . Yang buat nina sedih sangat bila mama TAK NAK pandang nina . Nina tahan sebak nina , nina senyum lagi depan dia . Salam cium tangan pipi dia bagaii  . Tapi mama langsung TIDAK SENYUM . Nina terus keluar dari kawasan wad mama . And that time , mama kene buat hemodialysis . 

Nina teman mama dalam proses 4 jam lebih untuk cuci darah semua  . That time , nina jumpe ramai pesakit yang sama macam mama . Ya Allah , kesiannya nina tengok gadis remaja yang baru je 14 tahun dah menghidap penyakit komplikasi buah pinggang . Bayangkanlah , selama 8 tahun dia dah guna machine tukar2 darah , sampai dia dah sangat mahir nak pasang machine tu sendiri . Kuat semangat dia , hanya Allah je yang tahu  . Masa ni , mama masih tak dapat nak terima penyakit dia . hurmm . dan nina langsung tak tahu nak buat apa . But at last , i know that i need to use my words so that maybe it will help mama to go on with this treatment . Mama keluar je dari cuci darah , nina duduk depan mama , nina keluarkan ayat-ayat nina . Nina pon tak sangka nina dapat keluarkan ayat untuk bagi mama senyum semula . :') 

Dan tadi , abah call , abah cakap , mama dah makin sembuh sebab mama dah cuba untuk menerima penyakit yang dihadapinya . Sesungguhnya aku berharap agar mama akan dapat memikul dugaan ini  Amin . Ya Allah , syukur . Sesungguhnya Allah tidak akan memberi dugaan bagi hambaNya yang tidak dapat menempuh dugaan dariNya . :')  

Friday 31 August 2012

Nama saya Nina :)

                                                             Nama saya Apish ?
kenapa macam tiada kene mengene dengan TITLE di atas ini dengan gambar di atas ? Hehe . Awak awak semua . wahh , okay . macam ramai je followers kann . tak active ate macamano nak ramai followers nye amanina farhan eh ? lantak pi la , bukan nak habaq mai satu dunia kita ada blog . hewwhewww . Berbalik pada alkisah bermulanya kisah dan berkisahnya kisah ..... Kenapa nina letak title NAMA SAYA NINA and first gambar pulak NAMA SAYA APISH . kenapa ye ? moh kite bercerita . nak baca ? tak nak baca ? suka hati kamula . :D 

Siapa dia ya ? hewwwhewwww . Dialah " SOMEONE " . macam yang nina pernah up status di Facebook . " SOMEONE " siapa die tu ? tak ramai yang tahu that time . Until this time pon sama . tak ramai yang tahu . hurmmm . siapa dia ? bagaimana orangnya ? rupanya ? gayanya ? perangainya ? ragamnya ? layanannya ? sifatnya ? haaaaa ! mana boleh story morry semua cerita mehhh . secret admirer recipe terhebat dari angkasapurii . AHAH ! *start mengarut . balik kepada topik yang ingin diceritakan ye . mohhhh ... 

Apa yang nina nak cerita pon nina tak tahu la nak cerita apa mengenai kami . masih terlalu awal . tapi nina sangat bertuah kerana memiliki peluang untuk mengenali dirinya (MOHAMAD HAFIZ) :D 
Kenapa ? Sebab nina rasa awak dah cukup menjaga saya . dan nina suka cara awak care pasal nina . and SOMEONE , take note okay ! nina rasa selamat bila ada dengan awak . seriously . and i just wondering , if one day u will bring me along with you and be your partner in your life forever . how sweet you care bout me on that time ? huhuuu ! just wondering sayanggg . *gedik sudah sudah cukup sudah . hewwwhewww .

 * Just now , di Stadium Nasional Bukit Jalil . Sambil menyaksikan sambutan hari kemerdekaan kali ke 55 :D okay ! kami merah merah okay . And baju tu nina hadiahkan untuk si dia sebab nina rasa baru satu baju kita sama , so , kita tambah lagi koleksi baju sama ye sayang . kira ni yang kedua bagi yang kedua bulan kita dalam proses mengenali . :D

* this photo ? time Machaster city vs Harimau Malaya kitewwww ! hewwwhewww . di Stadium Nasional Bukit Jalil jugak ! :D 

Mohamad Hafiz Muhamad . tahu tak kenapa nina bertuah sebab dapat kenal dengan kamu ? sebab .. sebab ... sebab .... :D  BTW , sayanggg ! terima kasiih banyak banyak sebab jaga nina and sentiasa ada bersama nina and sentiasa mengajar nina . :') 

Ouchhh ! panah siapa ? Amanina Farhan ? AHAHA ! sayangg ! thanks for everything and i hope that u can be patient with my attitude and make me be in a right way . and please , be with me as i hope more than that one day insyaAllah :') 

#tajaan penaja : sila take note ye mohamad hafiz , saya mengantuk mata lip lap lip lap dah ni . maafkan saya jika ada tersalah bicara dan tersalah tulis ke apa ke .. <3 


Thursday 7 June 2012

Assalamualaikum . Selamat Petang kepada semua ! nina tak de keje ini petang and tetibe dapat idea nak update blog . Act , dah lama nak tulis pasal minah NUR AIN ni . tapi , tak tertulis tulis . sorry sayangggg . at last , i tulis jugak pasal u ! :) Bangga tak i tulis pasal u ni ? euuuuuuuuuuuuwww ! jangan nak bangga sangat laaa ! AHAHAHAAAA <gelak jahat > 


Siapa NUR AIN ? siapa ? tertanya tanya kann ? semestinya ! Jap lagi nina sambung pasal nur ain ni deh . mai kite tengok gambar dulu . milik siapakah tuan empunya gambar ini  . scroll down pliss . :)


see . ini lah dia NUR AIN . awwwwwwww . she said ' I <3 U ' yeahhh ! i already know bout that sayang . AHAHA . okay , now , dah kenal kan siapa nur ain ni kann ? cantek bukan ? bukan lagi dah memang cantek . dan TAK SOMBONG ! :)


Macam mana kami boleh berkawan ? hewwwwwwwww heeewwwwww . pasti orang ingat kami dah kenal lama . tapi actually dan yang pasti TIDAK ! baru je kenal pommm . i'm serious . ini bukan reakaan semata mata . nina kenal ain pon dari laman FACEBOOK . and that time nina kenal ain dari ex nina , abang NIK FIZRINIZAM . ain ni one of his friends . talent la gitewww . nina tak sure sapa add sape dulu sebenarnya . tak ingat dah . aahaha . and nur ain ni asal Kelantan . em . memang semenjak nina kenal dengan abang , nina kenal ramai kawan kawan baru dari kelantan . And ada sesetengah nina dah pernah jumpe time nina g sana . same goes to mek tok sorang ni . AHHAHAA . 


Pertemuan pertama kami , di Kelantan , di KB mall , and tak silap nina time tu around pukul 1.30 ptg , maybe . i'm not sure . jumpe di McD . ain pakai baju belang belang putih hijau . nina bukan date ngan ain sorang time tu , nina date dengan 3 orang yang bernama AIN . 1 - SITI NOR AIN , 2 - NUR AIN , 3 - AIN ATIQAH AZMAN . haaa , boleh la search dekat FB nama nama mereka ye . sangat baik and chantek orang nya . Tiga tiga memey omeyy ! and on that time , nina sendiri pergi kelantan sengsorang , duduk bermalam dekat rumah SITI NOR AIN . 3 hari due malam nina dekat sana . then , balik cheras semula . okay , sambung balik . Lepas chit chat dekat McD , tak tahu nak g mana dah , bosey sero kat situ , tak dop gapo pommm . tapi ... nina ajak men bowling reramai . ehehe . so ? kami fighting fighting ! siapa menang ? nina kalah no .2 rasanya ! AHAHAHA . Then , lepas main bowling , g pantai pulak . pantai mana ? PCB la yang paling dekat kann . tapi kejap je that time , ada hal lain . so nina tinggalkan Nur Ain that time . 


Nina ingat sekali tu je pomm dapat jumpe mek ni . ahahaha ! jodoh kami panjang . Tup tup die msg nina cakap nak g KL . okay . sangat sangat gembira on that time . Tapi masa tu , nina ada banyak masalah gangguan emosi . And on that time , time Ain and mama die datang KL , nina clash dengan fizri . malam tu nina dah pikir banyak kali dah , nak teman ain keluar ke tak ni . banyak yang nina pikir . At last , pagi pagi lagi Ain amik nina berdriverkan AJIM . thanks too AJIM , tambah lagi kenalan nina . :) nina suka berkenalan dengan orang . 


24 hours kitorang bersama . tak berenggang pommm . ! AHAHA . macam macam kitorang buat , nyusahkan driver . date ramai2 orang lagi , jumpe kawan2 ain . tapi ain tak penah tinggal nina . kami tetap jalan due . AHAHA ! jealous ? eh , suka hati kami laaaa . kisah la pulak . perempuan perempuan tak pe okengg , lelaki lelaki ? eeeuuuuuuwww geli kot -_-  Sepanjang hari tu , kami ada photographer jugak ! THANKS and a big clap to ANDIKA FAISAL sebab jadi kami punye photog time tu . tanpa berbayar . :) dari pagi sampai pagi baru ain anta nina balik IPG . haaaaaa . tak puas wehh ! time jalan jalan dekat KLCC , banyak peristiwa dan kenangan . ahahaha ! posing sana sini , tak pakai kasut la , melecet la , plaster kuning la . ahaha ! mcam macam laaa deyy ! balik balik malam tu penat , tapi sempat lagi on9 . aahha . itulah nur ain , then terpukang tidoq . penat sangat berjalan satu hari dengan kaki melecet ! sampai sekarang still ada kesan parut melecet dekat kaki i tahuu . haihhh -_-


Gambar ? kata ada photographer , gambar mana ? AHHAHA . gambar yang jadi nye sikit , gambar main main banyak . scroll downward lagi , ada nina sajikan gambar kami berdua . Tak banyak mana ponn . tapi inilah yang menjadi kenangan terindah . AHHAHAA . :)
                                                          crop this picture :)


mek ain deh , dalam gambar ni nampak kau chubby ! ahahaha ! jangan marah deh . :p apa apa pon mg tetap gojes laaa yenadeiiii . ada lagi ke gambar ? ni close up dekat sikit . scroll bawah sikit ye :)


haaaaaaaaaa ! baru nampak dekat dekat kannn ? nampak jelas keCHUBBY an ku disitu ye mek . okay ini last gambar laaaa . -_-


Even kami due kali je baru jumpe , tapi kami selalu contact . Dia tahu masalah nina , nina tahu masalah die . Bosey bosey penuh wall dengan mek tok ni je . penuh noti dengan mek tok ni je . kisah pulak kann ? ahaha ! orang lain kisah , menyibuk je dalam news feed dorang , padahal tak berpaedah pon , saje je nak mencapap dekat wall . tagged tagged bagaiii . 


pesanan cik muda AMANINA FARHAN kepada NUR AIN =  
Ain deh , mg jaga diri mg . mg jaga ati mama . mg jaga ati paan deh . mg jaga ati aku jugak deh ! <nak mengada jugak !> AHAHA . tak de laaa . mekkkk ! even kita baru je kenal , and kita berkenalan hanya dalam laman muka buku , mg tetap sahabat aku mek . keikhlasan dalam persahabatan tu penting . :) kannn mek kann ? ahahah ! and perhaps that kau dapat UITM shah alam , dapat laaa date ngan kau selalu . jeles paan nanti . ahaha . FARHAN , jangan jeles dehh . pinjam gewe mg meta . :) apa apa pun , aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau beb ! leebbbbbbbbbbbiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiuuuuuuuuuuuuu laaaaa ! <3 


that's all about NUR AIN . sampai disini saje deh . tak larat nak tulis dah . sorry kalau tersilap bicara tersalah kata . ASSALAMUALAIKUM :)

Monday 4 June 2012

mama ohh mama

Pagi pagi ni , tak dapat tido lagii . macam biasa laa , awal lagi . baru pukul 1.30 kann ? :D Then , terasa macam nak update blog . so ? ape lagi . Tak tahu nak cakap apa sebenarnya . tapi nak jugak  merapu menaip at blog ni . fikir punye fikir punye fikir ... at last , tetibe dapat idea nak cerita pasal MAMA . <3

Awwwwwwwwwwww ! apasal ? ahahaaa . tak de la , tadi time mama abah tengah bebel bicang pasal peratud kedatangan maktab , nina buat ta tahu je , duduk depan tv , depan lappy . tup tup nama 'AMANINA FARHAN' dipanggil . mama laa yang panggil . ' kakak , kau dengar ? jangan buat buat tak dengar ' okay fine . die yang nak exam esok , aku pulak yang kene . biasa laa pembawakan nervous kannn . memahaminya maaaa . dorang semabang sembang , tetibe mama duk sebelah aku . EH , pelik aku , ngat an die nak pi tido dah . dah lewat kot . nina pon buat buat laa sembang pasal time kecik kecik dulu ... dah update gambar dekat FB , tunjuk laa dekat die . tetibe pulak die touching bagai . ' kakak , nak lahirkan kau paling susah sekali , kau jangan buat main main hidup kau ' ... okay fine . tetibe mama jadi serious . bla bla bla and blaaaaaaaa ... amik lappy aku , tengok gambar gambar aku . ' tengok kakak , ramai orang sayang , ramai orang care pasal kakak , jangan hampakan hati orang amanina farhan ' . okay nama penuh i lagi . em .. mama bebel bebel lagi at aku malam ni . tak tahu laa kenape wehh . maybe sebab lama tak membebel dekat i letewwwwwwwwww . 

Mama , sobb sobbb sobb . nak nagis la rasanya . :') kakak tahu mama rindu kakak sebenarnya . Hari Ibu untuk tahun ni , kakak sempat bagi mama card je . <3 bape card dah dari kakak . surat cinta pon mama simpan . awwwwww . comel kann kami ? ahaha . ! dan kakak la paling degil sekali . serious kakak memang paling degil . mama cakap A , kakak cakap B ! dan tetap dengan B . kakak tahu ramai yang sayang kakak . dihargai rasanya . bile balik kg pon sedara mara akan tanya itu ini . tandanya dorang care . :) 

apa apa ponn . even mama cerewet itu ini . kakak SAYANG mama ! sekali sekala dengar mama bebel best apa :) 
                              AND SHE is MY MAMA . ONLY MAMA . ! THAT I LOVE <3

Thursday 24 May 2012

JODOH . ^_^

JODOH ? AHAHA ! apahal nina cakap pasal jodoh tetibe pulak ni ha tak ye pomm . tetibe rasa nak publish tajuk ni . kannn ? :D dah besaq naaaa , so boleh pikir dah pasal ni . hewwww hewwwwwww . ! 
Tak de laaa , sebelum nina berceloteh panjang , nina nak ucap TAHNIAH kepada kawan2 nina , yang tup tup nina tahu dorang dah BERTUNANG ! haaaa , untunglaaaa mak bapak bagi tunang awal . AHAHA . ehh , tak de laaa , dorang dah jumpe yang sesuai dengan dorang , so , buat apa tangguh lagi . kannn ? kannn ? kenal pon dah lama , so ? haihhhh -__- 'jangan tunggu lama lama , nanti lama lama ,dia dikebas orang ' . mak ayah ni bukan menghalang ke ape ke , tapi dorang nak kan yang terbaik untuk anak dorang . hey heyyy , MAMA ngan ABAH nina lain pendapat tahuuu .. fuhhh , dua orang tu lagi susah nak layan nak faham .tapi ada baiknya jugak apa yang dorang buat untuk nina . :D btw , sambung balik story pasal kawan2 nina yang dah BERTUNANG ni . Ya Allah , Alhamdulillah , sekarang ni memang laa musim orang kawin awal kan , tapi nina tak sangka laaa ada diantara kawan nina yang akan kawin awal jugak . haaaa , terpengaruh dengan cerita deena bahrin laaa ni kannn ? AAAHAHAHAA . nina pon terpengaruh jugak , PADA MULANYA laaaaa kannnn , terpengaruh laaa sangat haaa ... Nina balik last two weeks , nina ada tanye mama ' mama,kakak nak kawin awal boleh ?  'memang laa memang laaa kannn nina direct tanya mama macam tu . dan tahu tak ape yang mama cakap ? kakak, kau jangan nak gataii sangat , belajar dulu habis habis . ' AHHAA ! chill laaa maaa , kakak bukan nak kawin lagii . kakak cakap je , tanye je pomm . PASANGAN pomm
tak de lagi , nak kawin macam mana lah pulak nye pomm ? :'D 
Mama ngan abah tahu je nina berkawan dengan siapa , cuma tak tahu details laaa . emm . time nina CLASH dengan lelaki tu , nina fikir . Ya Allah , selamatla aku tak bagitao mama lagi details bout him . sebab ape ? sebab tak sampai 5 bulan couple , dah clash . ape laaa . hey hey , nina dah besar panjang , nina dah penat dah nak main main couple clash couple ni semua . Kalau la boleh , kalau boleh laaa , nina nak jumpe orang yang betul betul nak jaga nina , nak sayang nina , baik dengan orang tua and yang paling PENTING boleh jadi imam untuk nina nanti . :') rupa , gaya , duit tak penting . kalau orang yang ada rupa , duit , gaya , tak semestinya bahagia dengan pasangan die kan ? kan ? bagi nina semua tu tak penting , kalau MR . KOSONG tak de semua tu pom tak pe , sebab yang penting hati die ikhlas dan bersedia nak terima nina . waaaahh waaaahhhhh wahhhh . malunye aku bile cakap pasal ni . AHHAAA ! :D 
Nina seronok bile tengok pasangan pasangan lain bahagia , tapi ingatlaa wahai kawan kawan , kita bukan budak kecik lagii . Kalau bercinta sekarang , biarlah SERIOUS  . jangan la main main dengan pasangan . Kalau dah tahu diri tu dah berpasangan , janganla gataiii nak g cari pasangan lain . ish ish ish . itu cinta monyet boleh la buat main main . Nina pon takut sekarang nak terima seseorang . emmm . sebab apa ? sebab pengalaman yang lepas mengajar kita . tapi . jauh di sudut hati nina , nina rasa sunyi kalau AHMAD bukan nama sebenar tak de msg or tweet or like status Fb satu hari .. AHHAA ! Nina pon tak tahu apa yang nina fikir dan apa yang nina rasa . Nina seronok kalau sehari je nina nampak die pon tak pe . tapi .. kalau tak nampak , memang laaaaa tak tentu arah . HAHAHA ! kisah pulak nye pommm . enough enough . 
Nina publish post ni pon , bukan sebab nina nak cerita pasal nina . tapi main point die nak wish TAHNIAH kepada kawan kawan nina . nanti insyaAllah nina datang ye . :D 


*sorry if salah bicara , dan ada yang terasa . saya hanya menulis apa yang saya rasa . 


- AMANINA FARHAN  -

Wednesday 22 February 2012

MAMA and ABAH !

MAMA ABAH 
my LOVE !
isn't they look great together ? my mama : cantek kan ? my abah : handsome kan? *bagai pinang dibelah dua la ^-^ 

sekarang jam dah menunjukkan pukul 2.oo pagi dan macam biasa , nina masih ta dapat nak lelapkan mata ni lagii ... em . tetibe je nina rasa sangat kosong hari ni . hurmm . hurmm . and today , nina call mama . sebab nina rasa nina sangat rindu at mama . seriously . i miss her laugh , i miss her smile , i miss to hear her *pot pet pot pet * towards me (anak paling nakal) , i miss her make me become anger , i miss to fight with her and i miss everything bout her . seriously . 


Mama nina memang seorang yang tegas . hurmm . nina ta reti nak describe macam mana rindu nina at die , nak peluk peluk cium die ! waaaaaaaa! lama dah ta balik rumah rasanya  okay fine ! air mata dah mule menitis ke bumi . fine ! fine ! btw , tadi nina call mama , mama answer my call with her jokes , and her laugh with her serious voice as usual . then , nina pot pet pot pet at die pasal nina ada buat ONLINE SHOP , sebelum nina bagitao mama mengenai online shopping ni , nina cakap nina ada berita nak bagitau mama , then , she suddenly speak in kelantan .okay , weird .ahaha .continue , okay , my fault , baru bagitahu dia , sehari lambat . sorry mama .^^  tapi ta lama nina sembang ngan mama sebab mama cakap mama nak g toilet , okay ! frust sebab cakap dengan DISYA lama , and die mengenakan nina je , memang disya *my adik suke dengar kakak die memekak dalam phone . selalunye kakak yang mengenakan adik kan . tapi , terbalik pulak , adik yang mngenakan nina . k fine . nasib lah -__-

Nina rindu abah sama . Abah memahami nina . apa apa mesti nina call abah dulu . then , baru call mama . i do know why , but biasanya memang nina akan call abah dulu . and pot pet pot pet cakap ngan die dulu , baru cakap ngan mama . hurmm . seriously , nina nak balik !!! kalau boleh fly malam ni jugak nina nak berkepit sebelah mama ngan abah .:'< tapi apakan dayaku , tiada kuasa untuk terbang balik rumah kan -________________-' haaaa, dah buat muka lebar dah . 


see, memang anak ABAH kan ? :) 
my HERO my DAD ! :)

conclusion yang boleh dinyatakan di sini : ABAH MAMA ANGAH DISYA , KAKAK RINDUKAN KAMU KAMU KAMU SEMUA ! nina rasa kosong sebab nina terlampau merindui mereka :'<

my family and i love them damn much ! and that cute boy beside me , my cousin :)

lot of love from your daughter *abdul jamil and suzana * :)